Saturday, 20 October 2012

Merasa Banyak dosa?! Hapus Yuuuk…



Tanpa terasa kita telah kembali berada di bulan Zulhijah, pertanda hari raya idil adha sudah tiba, umat Islam di seluruh dunia akan menyambutnya dengan penuh kegembiraan, dengan mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil serta menyembelih haiwan Qurban. Sementara itu, kaum muslimin dari segala pelosok dunia berkumpul di tanah suci untuk menunaikan panggilan ilahy, berhaji mengunjungi Baitullah guna menyempurnakan rukun Islam yang kelima.
Sehari sebelum shalat idul adha dilaksanakan, tanggal 9 Zulhijah, di padang Arafah mereka berkumpul, meninggalkan baju kebesarannya, melepaskan segala pangkat dan derajat serta embel-embel sosial dan administrasi yang di miliki, sebagai lambang kesederhanaan jiwa, kesetaraan derajat sesama makhluk di hadapan Khaliq sang pencipta.  Dengan penuh tawadhu’, tadharru’ semua mengharap ridha ilahy untuk mendapat haji mabrur sebagai syarat kembali kepada kesucian dan mendapat tempat Istimewa di sisi Allah.  Sebagaimana diriwayatkan oleh imam Muslim bahwa pada hari Arafah Allah mengampuni sangat banyak manusia dan membanggakan mereka yang sedang mencari keampunan-Nya kepada para Malaikat.
Ma min yaumin an yu’tiqallahu fihi ‘Abdan min yaumi Arafah, wa innahu layadnu tsumma yubahi bihimul malaikah fayaqulu maza arada ha ulaika? (H.R. Muslim)
Bagi yang tidak sedang menunaikan ibadah haji, tidak perlu bersedih hati dan bermuram durja, Allah juga siapkan ganjaran yang tak kalah fantastis dari orang yang menunaikan ibadah haji, iaitu dengan berpuasa pada tanggal 9 zulhijjah. Puasa pada 9 Zulhijjah dinamakan dengan puasa hari Arafah kerana hari tersebut bertepatan dengan hari para jemaah haji menunaikan wukuf di Padang Arafah. Menurut Imam Syafie disunatkan bagi orang yang tidak hadir wukuf di Arafah iaitu bagi orang-orang yang tidak mengerjakan ibadah haji, berpuasa pada Hari Arafah
Sebagaimana diriwayatkan dari Abi Qatadah r.a, Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa pada hari Arafah, Baginda bersabda: dapat menghapus dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya (H.R. Muslim) Nash haditnya (Wa suila ‘an shaumi yaumi Arafah faqala yukaffirussanata al-madhiah wal baqiyah) (HR. Muslim)
Pelaksanaan puasa pada hari Arafah adalah amalan yang jarang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w, Fakta ini ada dijelaskan oleh Hafsah Radiallahu ‘anha melalui Sunnah Rasulullah:
"Ada empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu puasa Arafah, puasa Asyura, puasa tiga hari dari setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum sembahyang Subuh." (Riwayat Imam Ahmad dan Nasai).
Fakta lain sebagaimana disebutkan dalam Kitab Fadhailul Auqat di ceritakan daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata yang bermaksud: Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi).
Manakala bagi para jemaah haji yang sedang wukuf di Arafah tidak digalakkan berpuasa sunat pada tanggal 9 zulhijjah, ini supaya tidak melemahkan fisik mereka untuk beramal semasa prosesi ibadah wuquf berlangsung. Abu Hurairah Radiallahuanhu meriwayatkan katanya yang bermaksud: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melarang berpuasa Hari Arafah di Arafah (bagi jamaah haji)." (Riwayat Abu Daud)
Fakta lain larangan berpuasa bagi jemaah haji yang sedang wuquf di Arafah adalah berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim dari Ummul mukminin Maimunah di mana beliau mengantar susu kepada rasulullah pada hari Arafah ketika beliau sedang melaksanakan wukuf dan Rasul meminumnya dengan dilihat oleh ramai orang.
Dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh imam Abu daud, Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim, Rasulullah melarang orang berhaji yang sedang menunaikan wuquf untuk berpuasa
Saudaraku kaum muslimin …
Yuk…hapus dosa setahun yang lalu dan yang akan datang dengan puasa Arafah….Amien ya Rabb

ads

Ditulis Oleh : suhaily Hari: 11:55 Kategori:

No comments: